CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 24, 2009

LETIHNYA...

Sampai di rumah pukul 5 a.m smlm...amboi bercuti sungguh aku nie...sebenar tak bercuti sgt pun...lepas pegi cameron highland kitaorang pegi ke klang plak...pagi isnin suamiku pegi lapor diri kat JKR cawangan mekanikal kat Midvalley...dia nak bincang dgn pengarah utk minta balik ke JKR kedah semula...tapi dia tak sempat jumpa pengarah...so kitaorang kena stay kat klang lagi lah...

Hari selasa abg syg pegi lagi ke JKR kat Midvalley tu...ptg tu aku sms la dia tanya dah jumpa pengarah ke...dia jawab katanya, nampaknya kita kena pindah duk di KL semula la...aku pun mcm frust juga la, tapi nak buat macam mana kan, ikut je la...bila suamiku sampai rumah ptg tu, dia bgtau pengarah dah tandatangan surat permohonan dia utk balik ke JKR kedah semula...
Ya Allah alhamdulillah seronok nya bila dengar suamiku bgtau berita gembira tu...

Ini bermakna bila duk di kampung boleh saving la sikit memandangkan gaji suami ku pun dah naik...alhamdulillah syukur sangat...so setelah settle semua urusan suamiku, kitaorang bertolak balik mlm tu juga...sampai rumah pukul 5 pagi hari rabu...letih betul balik malam tu...banyak kali suami ku berhenti kat hentian rehat sebab ngantuk sangat...sampai hari ni pun aku still rasa letih...hhehe...

0 comments: