CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 29, 2009

CUTI - CUTI MALAYSIA

Hujung minggu yang baru lepas ni, aku n family ku pegi ke pesta penang (hari sabtu mlm ahad bersamaan dengan 26/12/09)...saja je pegi sana jalan2 n pegi rumah bapa sedara aku...kitaorang pegi pesta tu lepas maghrib n balik semula ke rumah pak ndak aku dah hampir pukul 12...pegi jalan kaki je dlm 2 km jugak la...penat juga la jalan kaki...tapi memandangkan kat situ susah nak parking kereta, so kitaorng pegi jalan kaki je la...

Erm bagi aku pesta ni biasa je cuma seronok tengok orang n menjamu mata dengan barang2 yang dijual di situ...aku cuma beli mainan kat afiq jer, lampu kelip2 (pandai2 je bagi nama sbb tak tau namanya) n motorsikal yang masukkan bateri boleh bergerak siap ada lampu lagi...kitaorng bermalam kat rumah pak ndak aku...tghari esoknya baru kitaorng balik...3 minggu berturut-turut aku pegi makan angin...asal hujung minggu jer berjalan tak lekat kat rumah...tapi seronok juga pegi bercuti ramai2 macam nie...next year ada lagi kot planing bercuti beramai2 cam gini...



nie la motor afiq yang punyer!



nie plak lampu ajaib afiq...heheh.






















Thursday, December 24, 2009

LETIHNYA...

Sampai di rumah pukul 5 a.m smlm...amboi bercuti sungguh aku nie...sebenar tak bercuti sgt pun...lepas pegi cameron highland kitaorang pegi ke klang plak...pagi isnin suamiku pegi lapor diri kat JKR cawangan mekanikal kat Midvalley...dia nak bincang dgn pengarah utk minta balik ke JKR kedah semula...tapi dia tak sempat jumpa pengarah...so kitaorang kena stay kat klang lagi lah...

Hari selasa abg syg pegi lagi ke JKR kat Midvalley tu...ptg tu aku sms la dia tanya dah jumpa pengarah ke...dia jawab katanya, nampaknya kita kena pindah duk di KL semula la...aku pun mcm frust juga la, tapi nak buat macam mana kan, ikut je la...bila suamiku sampai rumah ptg tu, dia bgtau pengarah dah tandatangan surat permohonan dia utk balik ke JKR kedah semula...
Ya Allah alhamdulillah seronok nya bila dengar suamiku bgtau berita gembira tu...

Ini bermakna bila duk di kampung boleh saving la sikit memandangkan gaji suami ku pun dah naik...alhamdulillah syukur sangat...so setelah settle semua urusan suamiku, kitaorang bertolak balik mlm tu juga...sampai rumah pukul 5 pagi hari rabu...letih betul balik malam tu...banyak kali suami ku berhenti kat hentian rehat sebab ngantuk sangat...sampai hari ni pun aku still rasa letih...hhehe...

Thursday, December 17, 2009

TAHNIAH!

Petang tadi abg syg balik keje awal n then dia bgtau yang dia dapat naik pangkat...hari isnin nie kena lapor diri...esok kitaorang nak pegi bercuti di cameron highland...pastu hari ahad, dari cameron highland terus ke klang n tido rumah abg ipar aku sebab nyer abg syg nak kena lapor diri di KL hari isnin...erm kena la balik ke KL semula...baru je pindah balik dari KL ke KEDAH bln 5 lepas...dah nak kena pindah ke KL semula...kesian kat Afiq...dah semakin rapat n manja dgn wan n tok nyer, tapi terpaksa berpisah plak nanti...tapi aku tak ikut lagi kot suamiku ke sana...abg syg akan ulang alik KL - Alor Setar...tgk la macam mana nanti, kalau dah dapat rumah baru aku ikut abg balik sana...kesian abg syg, muka tension jer coz nak kena pindah ke KL semula...dah seronok balik duk kedah coz boleh duk kampung sendiri...sabar je la abg...mungkin ada hikmah kena pindah ke sana semula...tapi alhamdulillah abg naik pangkat...rezeki anak...hehehe...

BUAYA APE NI....






Ish...ish...ish...besarnyer buaya nie...agaknye apa la yang dia makan sampai besar macam nie sekali...itu la kuasa Allah SWT...



Monday, December 14, 2009

AKTIVITI HUJUNG MINGGU.

Hari jumaat lepas, aku dan family ku pergi bermalam di Taman Rekreasi Air Panas Legong...kitaorang bertolak dari rumah hari khamis malam jumaat...pergi ke rumah abg sepupu ku dulu and then baru la bertolak ke Legong...aktiviti nie dirancang oleh abg sepupu ku...kitaorang pergi ke Legong konvoi 4 buah kereta...semuanya sedara mara sebelah keluarga aku...tapi aku sempat berendam kaki je sebabnya anak aku dah merengek2...pukul 4 pagi baru la aku boleh lelapkan mata...suami aku pula pukul 5 pagi baru balik ke chalet nak tido...tapi syg la takde gambar nak letak untuk tatapan korang...kepada adik ku, kimi, jangan jealous yer...hahaha...

Wednesday, December 9, 2009

KAJIAN : PERBEZAAN LELAKI DAN PEREMPUAN

Lunch time:

Lelaki

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan.

2. Sampai kedai makan, masuk.

3. Ambik Pinggan.

4. Letak nasi.

5. Letak Lauk.

6. Ke kaunter, bayar nasi dan air sekali.

7. Makan.

8. Habis.

9. Balik opis or

10. Gi surau.



Perempuan

1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan.

2. Perhatikan orang waktu jalan.

3. Sempat mengumpat dulu.

4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki.

5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.

6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu.

7. Ramai orang, cari kedai lain.

8. Jalan lagi

9. Dah puas ati..masuk..

10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.

11. Cari pinggan, ambik pinggan.

12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak bersih?..eeeeiiii..

13. Dah puas ati, ambik nasi.

14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit. Tak sah kalau tak ceduk 2, 3 kali.

15. Buang balik nasi banyak..

16. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)

17. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit.

18. Cari lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini.

19. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit.

20. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi.

21. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling.

22. Ambil lauk. Pusing lagi.

23. Cari sayur pulak!

24. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit.

25. Ke kaunter bayaran.

26. Tgk2 nasi dlm pinggan.

27. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"

28. Sampai depan kaunter "berapa?"

29. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celahgambar2..

30. Keluarkan duit.

31. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal).

32. Bayar. Berdiri masukkan duit baki. Tutup dompet. Ambik nasi.

33. Tinjau-tinjau tempat duduk.

34. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!

35. Cari tempat duduk lain. Jumpa.Duduk..

36. Alamak.Air tak order lagi.

37. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung.

38. Order air.

39. Bangun. Ambik sudu.

40. Duduk.

41. Bangun. Ambik Tisu.

42. Duduk.

43. Air sampai.

44. Belek dompet (Step tadi).

45. Bayar. Tutup.

46. Minum air.

47. Start makan.

48. Tengok-tengok orang sambil makan.

49. Makan separuh..kenyang. Sebab dah minum air.

50. Letak sudu, letak garpu.

51. Pinggan tolak tepi.

52. Borak2 kater makanan tak sedap.

53. Ngumpat2..tgk orang.

54. Pukul 2, naik opis..

55. Ambik beg makeup, gi surau!!!!!


No wonder women are more complex than men !....tapi tak semua perempuan macam nie...lelaki pun ada juga yang perangai macam nie...lu pikir la sendiri.......hehe...

Wednesday, December 2, 2009

AKTIVITI AFIQ

Hari nie betul2 memenatkan aku...afiq lasak sungguh hari nie...ade je keje dia nak buat...sampai tak larat aku nak kejar dia kesana sini...sekejap2 dia selongkar2 mainan dia yang aku letak dalam bakul...lepas tue dia panjat2 sofa...amboi anak ibu nie...baru jer boleh merangkak n duduk dah tak reti duduk diam...sebelum nie pun memang dia dah lasak...tapi sejak dia dah boleh merangkak nie, makin lasak dia...siang tadi dia tido pun sekejap2 je...haa sekarang nie dia tengah tido la...hehehe...aman sekejap...kejap lagi lepas makan, nak pegi rumah sepupu sebelah husband...esok kenduri kawin kak ngah Awanis...erm lapar la pulak...oklah nak makan dulu...

Tuesday, December 1, 2009

LAWAK JENAKA...HIBURKAN HATI ANDA.

Timbang Berat

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung..ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM1.00..mesin komputer menjawab: "47 kg!". Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!". Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai...HAHAHA.