CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 25, 2010

SI KECIL ULAT BUKU







Rajinnyer anak ibu nie...bakal mewarisi sifat pak su nyer kot...hehehe...tengok la gambar afiq kat atas ni tekun betul dengan buku dia...setiap hari bangun tido jer terus bermain dan dia akan cari buku ni...dia akan selak setiap helai dan dia kan tunjuk2 kat gambar2 dalam buku tu...seolah2 dia tanya "ini apa ibu?"...kalau la afiq mewarisi sifat rajin dan pandai yang ada pada pak su nyer, alhamdulillah...harap2 anak ibu akan kekal rajin mcm ni yer...


Thursday, January 21, 2010

HADIAH UNTUK IBU






Ni la hadiah dari suami tersayang kepada isterinya yang tersayang...hehehe...ewah2, afiq yang baru nak sambut 1st birthday tapi aku pulak yang dapat hadiah...kesian anak ibu...tapi tak pe nanti ibu buatkan afiq baju raya yer (betul ke aku nak buat baju raya sendiri ni, mcm tak percaya jer, boleh ke hah?)...


Hari sabtu last week, abg bawa aku dan afiq pegi ke kedai SINGER...abg suruh aku pilih nak model yang mana satu...last2 aku pilih la model 8280...model ni adalah mesin jahit yang simple sesuai untuk surirumah...kat dalam gambar di atas, yang warna hitam tu adalah dia punya pedal (ala tempat pijak tu) dan yang kotak kecil warna putih tu adalah Handy Sewing Organizer (gift untuk pembelian mesin jahit)


Masa mula2 aku nak try guna mesin jahit ni, nak masukkan benang pun tak reti...padahal orang kat kedai tu dah tunjuk kat aku cara2 nya...biasa la baru 1st time nak belajar...tapi bagus juga sebab pekedai tu dah bekalkan aku dengan dvd cara2 untuk guna mesin jahit... setakat ni baru guna jahit kain batik 1 helai...hehe...



Wednesday, January 20, 2010

JAHITAN MANIK
























Ni gambar2 baju yang telah dijahit manik oleh diriku sendiri...ok tak...baru belajar...hehe..







Wednesday, January 13, 2010

KERETA BERHIAS!















































































Tuesday, January 12, 2010

KASIHAN ANAK IBU..AFIQ DEMAM YER..

Dah banyak hari aku tak update blog nie...tak sempat nak update, lagipun afiq tak sihat...hari nie dia dah active mcm biasa...dah gelak2 main2...cuma makan je kureng ckit...dia tak nak makan nasi...mungkin tekak dia rasa tak selera lagi kot...tak pe la janji anak ibu dah sihat...

Afiq mula demam biasa pada hari isnin last week (4 jan)...petang tu badan afiq rasa panas, so mlm tu aku n husband bawa dia pegi klinik...doktor check n katanya afiq demam ckit je...balik dari klinik, aku n husband berperang la dgn afiq untuk bagi dia makan ubat...punya la susah nak bagi dia makan ubat...terpaksa la paksa kan juga dia makan supaya cepat baik...lepas makan ubat terus dia tido...agaknya kesan ubat tu kot buat dia mengantuk...

Tapi pukul 1.30am afiq jaga dari tido...aku susukan dia kot2 dia nak tido semula, tapi dia tak nak tido juga...tapi dia tak nangis pun, dia main baik2 je...so aku teman la dia main sampai la pukul 5am...lepas tu pukul 7am dia dah bangun nak ikut ayah dia pegi keje (hehehe)...siang hari selasa (5 jan) panas badan afiq dah berkurang...malam, badan dia panas semula...aku check suhu dia guna thermometer, suhu dia 39.6 celcius...husband aku ajak pegi klinik waktu tu juga...doktor kata afiq kalau panas badan dia tak kurang juga mungkin demam campak...disebabkan afiq susah sangat nak makan ubat, doktor kasi ubat yg sumbat dalam dubur tu...masa kat klinik doktor dah sumbat ubat tu kat afiq...balik dari klinik badan dia dah tak panas, berpeluh2 n dia seronok sangat bermain dgn ayah dia...dlm pukul 11pm lebih dia tido...

Pukul 4.00am (6 jan) afiq berak cirit2...badan dia dah tak panas lagi...Pukul 5.00am (6 jan), aku sedar dari tido sebab terasa afiq merangkak naik atas badan aku...badan n kepala dia waktu tu panas sangat...tapi tapak tangan n tapak kaki dia sejuk...aku bgtau husband...ingat nak sumbat ubat yang doktor kasi tu...afiq bangun n duduk sebelah aku sambil cakap2 n main2 sorang2 tak merengek pun...tapi tengah dia main tiba2 jer dia nak terlentang ke belakang nasib baik aku sempat pegang dia dari terlentang...aku bangun n cuba baringkan dia, tiba2 dia nangis sekuat hati...so aku pujuk dia n letak dia atas riba aku...sekejap je lepas aku letak dia atas riba, aku rasa badan dia macam tersentak macam menggigil ckit n dia terus diam...cepat aku suruh husband pegi kejut mak n ayah mertua aku...belum sempat husband aku balik ke bilik semula, aku tengok mulut afiq dah kecut n pucat tak de darah, mata hitam dia pulak dah menghala ke atas, dia dalam keadaan tak sedarkan diri waktu tu tapi matanya celik...aku dpt rasa jantung dia berdegup kencang...aku rasa takut sgt waktu tu n terus nangis...terus aku jerit panggil husband balik ke bilik...husband ku cepat2 lari ke bilik..dia pun terkejut n sebak tgk afiq dlm keadaan mcm tu...terus dia ambil afiq n peluk afiq...sekejap lepas tu baru la afiq mcm sedar semula n baru la dengar dia bersuara semula...afiq hampir kena sawan demam...tapi dia masih dlm keadaan menggigil waktu tu...dlm masa yg singkat je semua tu terjadi...aku tak dapat bayangkan kalau sesuatu terjadi pada afiq waktu tu...Allah jer tau perasaan ku masa tu...pagi hari kejadian (rabu 6 jan) husband tak pegi keje emergency leave...siangnya kitaorang bawa afiq pegi klinik yang lain plak...doktor bgtau afiq demam campak...doktor pesan bila badan dia panas sangat, buka kipas, ambil air n lapkan badan dia dari kepala ke bawah, tapi jgn lap pada bahagian yg terasa sejuk...bila dah mlm, aku mcm tak nak tido sebab aku takut panas badan afiq naik lagi n jadi mcm awal pagi tu...aku gilir2 dengan husband jaga afiq...tapi sebenarnya aku tak leh tido sgt pun sebab risaukan afiq...afiq pun mcm tak nak berenggang/berjauhan langsung dari aku...

Pagi hari khamis ( 7 jan) husband aku cuti lagi sebab badan afiq still rasa panas lagi...petang tu ayah mertua aku panggil bomoh kampung yang pandai mengubat demam campak...bila dah malam, badan afiq dah kurang panas...lega ckit rasa hati ni bila badan dia dah kurang panas...kesian afiq dia gatal2 kat bahagian yg keluar biji campak tu...hari jumaat ( 8 jan) badan dia dah tak panas...tapi dia still tak larat...main pun tak nak...merengek2 je manja minta orang dokong dia...kesian anak ibu, sayang anak ibu ni...jgn buat ibu dan ayah susah hati lagi yer...

Sunday, January 3, 2010

SELAMAT TAHUN BARU!

Rasanya belum terlambat untuk ku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua yang mengenali diri ku ini...dan juga kepada yang sudi melawat blog yang tak seberapa ni...semoga dengan kehadiran tahun baru ini akan menjadi tahun yang lebih bermakna buat kita semua...semoga Allah merahmati kita dan mencurahkan rezeki yang berlipat ganda kepada hambaNya yang selalu taat kepada perintahNya...Amin.