CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 8, 2010

Bila Cinta-Gio (male version) with lyrics.wmv

Thursday, July 1, 2010

PERKEMBANGAN TERBARU AFIQ.

Hari nie afiq ada perkembangan yang terbaru...walaupun dia belum boleh bercakap, tapi aku faham la sikit2 apa yang dia cuba katakan pada aku...pagi tadi dia minta aku bukakan pintu untuk dia...so aku pun buka lah...lepas tu dia terus ambil mainan excavator dia (jentera pengorek tanah tu) dan bawa keluar rumah...aku perhatikan saja apa yang dia nak buat...rupa2nya dia pergi duduk atas tanah berpasir dan batu lepas tu dia mula la mengorek tanah dan batu yang ada didepan mata dia dengan excavator tu seperti excavator yg real sedang mengorek tanah...hahaha...pandai betul anak ibu...tak sangka dia boleh berfikir untuk meniru apa yang dia penah lihat...

Sebelum ni afiq penah lihat excavator yang real mengorek tanah...mungkin dia tengok excavator mainan dia sama dengan excavator yg real, then dia pun cuba meniru apa yg excavator real tu buat...satu perkembangan yg bagus untuk anak ibu...syabas :-)

Monday, June 28, 2010

AL - FATIHAH.

Al-Fatihah buat arwah atok ku...27/06/2010 jam 10pm wan (atok) pergi meninggalkan kami buat selamanya...bermakna sekarang aku dah tak ada wan (atok) dan tok (nenek) kedua2 belah mak dan ayah aku...sekarang ni aku cuma ada 2 orang tok (nenek) sebelah suami aku je...sorang sebelah mak mertua dan sorang lagi sebelah bapa mertua....

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah wan dan tempatkan arwah dikalangan orang2 yang soleh...amin...

Thursday, June 24, 2010

DURIAN OH DURIAN.


DURIAN...erm apa yang best pasal durian ni ye...bagi aku, aku tak makan buah durian...sebabnya baunya masyaAllah...aku tak tahan bau durian...sakit kepala aku dibuatnya...kadang2 kalau baunya terlalu kuat, rasa macam nak termuntah pun ada...

Baru2 ni, mak mertua aku bawa balik buah durian dari perak...suami aku cuba suap sedikit buah durian kat afiq...yang bestnya belum sempat buah tu masuk ke mulut, dia dah palingkan muka dia dan dia buat gaya muka bau busuk...hahahah memang sah afiq dah ikut aku yang memang tak makan buah durian...agaknya mungkin sebab masa mengandung dulu aku tak penah makan buah durian, jadi afiq pun terikut dengan aku, tak suka makan durian juga...kesian anak ibu...tapi nak buat macam mana kan, dah ibu tak makan buah durian sayang....ayah sorang je lah yang makan durian...

Wednesday, June 23, 2010

MEROYAN

Tengok tajuk ni macam suspen je kan...bukan aku yang meroyan...heheh...cuma nak kongsi serba sedikit tentang tajuk perbincangan yang aku tonton dalam rancangan WANITA HARI INI tengahari tadi...ahli panel yang dijemput adalah ustazah asni mansor, didie alias n pn. noriah (seorang bidan tradisional)...

Rupa2 nya wanita yang lepas bersalin dan dalam tempoh berpantang memang perlu dijaga betul2...tak boleh dibiarkan sendirian...suami dan keluarga perlu beri sokongan dan semangat yang cukup sebab wanita dalam pantang ni emosinya mudah terganggu...

Penyebab berlakunya meroyan bermula masa seseorang wanita tu mula mengandung...kalau waktu mengandung, wanita selalu tertekan perasaan dan terganggu emosinya, maka mudah la dia terkena penyakit meroyan tu...

Semasa dalam berpantang pula oleh kerana wanita tak boleh solat dan baca Al-Quran, digalakkan ibu2 berzikir banyak2 untuk mengelakkan emosinya daripada terganggu kerana selepas bersalin hormon2 wanita masih tidak stabil dan menyebabkan emosi mudah terganggu...so, para suami terutamanya harus memainkan peranan yang penting...beri lah kasih sayang n perhatian pada isteri yang bersusah payah mengandung selama 9 bulan, bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat...

Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu...sayangi dan hargai lah ibu anda.

Monday, June 21, 2010

SAMBIL MENYELAM, MINUM AIR.






Entah apa2 la tajuk yang aku letak ni...heheh...dah lama tak update blog...ni baru gatal tangan nak tulis serba sikit cerita yang berlaku dlm beberapa hari lepas...macam serius jer bunyinyer...

Sebenarnya minggu lepas aku pegi penang...ikut suami...dia ada kursus kat sana, so aku dengan afiq pun apa lagi ambil kesempatan la untuk ikut sama...empat hari suami ada kursus kat sana...dari 15hb - 18hb june (selasa-jumaat)...

Petang isnin (14/6/10), kitaorang bertolak ke penang...selama suami ku kursus, kami stay kat rumah bapa sedara aku jer...save budget heheh...lagipun tempat kursus tu dekat je dengan rumah bapa sedara ku...

Sepanjang hari suami ku kursus, sempat la jalan2 sekejap kat area queens bay n lepak2 kat tepi pantai seagate...sebenarnya x best pun lepak tepi pantai seagate tu...sebabnya x cantik pun pantai tu...tapi nak buat macam mana masa terhad dengan cuaca yang tak menentu...

Hari rabu plak aku mula rasa macam nak demam...sebenarnya petang isnin tu aku dah rasa macam nak demam tapi lepas makan ubat, hilang rasa demam tu...pagi esoknya rasa plak nak demam & bila makan ubat terus ok...hari rabu aku terpaksa pegi klinik ambil ubat sebab rasa demam melarat + sakit tekak...risau juga...kalau demam tak sembuh sampai hari jumaat, terpaksa cancel lah planning aku nak pegi batu ferringhi lepas kursus suami tamat...

Alhamdulillah, hari jumaat aku dah sembuh...hehehe menjadi juga planning aku...petang jumaat lepas selesai kursus suami ku, kitaorang terus bertolak ke batu ferringhi...mula2 sampai cari hotel dulu...dah selesai check in hotel, terus masuk bilik n solat maghrib, mandi n bersiap nak pegi makan...makan malam cuma kfc je...selesai makan, kami bertiga berjalan2 pula kat pasar malam kat batu ferringhi tu...punya la panjang pasar malam kat situ...tepi jalan raya yang sesak dengan kenderaan...risau juga dengan kenderaan yang lalu lalang kat situ...jauh juga kami bertiga berjalan kat pasar malam tu...sedang syok2 menjamu mata, suami ku plak sakit perut memulas2...terus dia ajak balik hotel sebab situ tak ada toilet awam...sambil kelam kabut berkejar2 nak balik hotel, aku cuma sempat beli frideg magnet je...tu pun muka suami aku dah berkerut2 menahan sakit perut (hahaha kelakar je muka abang masa tu)...

Pagi esoknya, bangun pagi solat subuh n lepak kat balkoni bilik hotel sambil tunggu matahari terbit...bestnyer rasa dapat menghadap pantai sambil mendengar lagu ombak, sambil minum teh...lepas makan, kami bertiga turun ke pantai...bawa afiq jalan tepi pantai tapi dia takut bila tengok air ombak kecil yang datang menghempas ke kaki (berbunga betul bahasa...hahaha)...

Tengahari, kitaorang check out dari hotel n bertolak balik...sebelum naik feri untuk balik, sempat la singgah sekejap untuk beli jeruk buah...bukan main seronok afiq masa dalam feri, sebab dapat tengok bot2 n kapal yang ada di tengah laut tu...walaupun sekejap jer berada di batu ferringhi, aku berterima kasih sangat2 kat suami sebab sudi bawa aku n afiq bercuti...aku memahami dia tak dapat bawa aku bercuti lama2 kat situ sebab esoknya dia keje...("lain kali kita pegi lagi ye sayang" : ayat abang kepada aku...heheheh)...

Wednesday, April 21, 2010

RAHSIA JARI ANDA !


"Apa ada pada jari anda.....apa rahsia jari anda...apa guna jari anda...?????????????''


1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambillaung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.


2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.


3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dari jari kelinking yg kecil & kerdil, macam manusia & apa benda pun akan start dari kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pada usia muda akan beri impact/kesan yang besar pada masa depan.


4. Then tenggok jari kedua, jari manis. Macam tu jugak la degan usia remaja..semuanya sweet.. manis macam jari manis. Masa remaja kita selalu di duga degan cabaran & dugaan. Hanya iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.


5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yang stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu- hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.


6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sebelum ni. Macam tu jugak degan kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dengan idea bernas & a great mind.


7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita. See all ur fingers and renung/fikir dalam2. Dimana anda sekarang"

Tuesday, March 9, 2010

ANDAINYA PEREMPUAN TAHU!

Andainya Perempuan Tahu...

  • Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
  • Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.
  • Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.
  • Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita...
  • Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  • Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  • Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  • Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  • Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  • Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!
  • Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  • Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.
  • Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..:)
  • Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah! (So para wanita jgn la pakai yg seksi2 sgt...)
  • Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  • Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...
  • Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  • Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
  • Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimana pun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Monday, January 25, 2010

SI KECIL ULAT BUKU







Rajinnyer anak ibu nie...bakal mewarisi sifat pak su nyer kot...hehehe...tengok la gambar afiq kat atas ni tekun betul dengan buku dia...setiap hari bangun tido jer terus bermain dan dia akan cari buku ni...dia akan selak setiap helai dan dia kan tunjuk2 kat gambar2 dalam buku tu...seolah2 dia tanya "ini apa ibu?"...kalau la afiq mewarisi sifat rajin dan pandai yang ada pada pak su nyer, alhamdulillah...harap2 anak ibu akan kekal rajin mcm ni yer...


Thursday, January 21, 2010

HADIAH UNTUK IBU






Ni la hadiah dari suami tersayang kepada isterinya yang tersayang...hehehe...ewah2, afiq yang baru nak sambut 1st birthday tapi aku pulak yang dapat hadiah...kesian anak ibu...tapi tak pe nanti ibu buatkan afiq baju raya yer (betul ke aku nak buat baju raya sendiri ni, mcm tak percaya jer, boleh ke hah?)...


Hari sabtu last week, abg bawa aku dan afiq pegi ke kedai SINGER...abg suruh aku pilih nak model yang mana satu...last2 aku pilih la model 8280...model ni adalah mesin jahit yang simple sesuai untuk surirumah...kat dalam gambar di atas, yang warna hitam tu adalah dia punya pedal (ala tempat pijak tu) dan yang kotak kecil warna putih tu adalah Handy Sewing Organizer (gift untuk pembelian mesin jahit)


Masa mula2 aku nak try guna mesin jahit ni, nak masukkan benang pun tak reti...padahal orang kat kedai tu dah tunjuk kat aku cara2 nya...biasa la baru 1st time nak belajar...tapi bagus juga sebab pekedai tu dah bekalkan aku dengan dvd cara2 untuk guna mesin jahit... setakat ni baru guna jahit kain batik 1 helai...hehe...



Wednesday, January 20, 2010

JAHITAN MANIK
























Ni gambar2 baju yang telah dijahit manik oleh diriku sendiri...ok tak...baru belajar...hehe..







Wednesday, January 13, 2010

KERETA BERHIAS!















































































Tuesday, January 12, 2010

KASIHAN ANAK IBU..AFIQ DEMAM YER..

Dah banyak hari aku tak update blog nie...tak sempat nak update, lagipun afiq tak sihat...hari nie dia dah active mcm biasa...dah gelak2 main2...cuma makan je kureng ckit...dia tak nak makan nasi...mungkin tekak dia rasa tak selera lagi kot...tak pe la janji anak ibu dah sihat...

Afiq mula demam biasa pada hari isnin last week (4 jan)...petang tu badan afiq rasa panas, so mlm tu aku n husband bawa dia pegi klinik...doktor check n katanya afiq demam ckit je...balik dari klinik, aku n husband berperang la dgn afiq untuk bagi dia makan ubat...punya la susah nak bagi dia makan ubat...terpaksa la paksa kan juga dia makan supaya cepat baik...lepas makan ubat terus dia tido...agaknya kesan ubat tu kot buat dia mengantuk...

Tapi pukul 1.30am afiq jaga dari tido...aku susukan dia kot2 dia nak tido semula, tapi dia tak nak tido juga...tapi dia tak nangis pun, dia main baik2 je...so aku teman la dia main sampai la pukul 5am...lepas tu pukul 7am dia dah bangun nak ikut ayah dia pegi keje (hehehe)...siang hari selasa (5 jan) panas badan afiq dah berkurang...malam, badan dia panas semula...aku check suhu dia guna thermometer, suhu dia 39.6 celcius...husband aku ajak pegi klinik waktu tu juga...doktor kata afiq kalau panas badan dia tak kurang juga mungkin demam campak...disebabkan afiq susah sangat nak makan ubat, doktor kasi ubat yg sumbat dalam dubur tu...masa kat klinik doktor dah sumbat ubat tu kat afiq...balik dari klinik badan dia dah tak panas, berpeluh2 n dia seronok sangat bermain dgn ayah dia...dlm pukul 11pm lebih dia tido...

Pukul 4.00am (6 jan) afiq berak cirit2...badan dia dah tak panas lagi...Pukul 5.00am (6 jan), aku sedar dari tido sebab terasa afiq merangkak naik atas badan aku...badan n kepala dia waktu tu panas sangat...tapi tapak tangan n tapak kaki dia sejuk...aku bgtau husband...ingat nak sumbat ubat yang doktor kasi tu...afiq bangun n duduk sebelah aku sambil cakap2 n main2 sorang2 tak merengek pun...tapi tengah dia main tiba2 jer dia nak terlentang ke belakang nasib baik aku sempat pegang dia dari terlentang...aku bangun n cuba baringkan dia, tiba2 dia nangis sekuat hati...so aku pujuk dia n letak dia atas riba aku...sekejap je lepas aku letak dia atas riba, aku rasa badan dia macam tersentak macam menggigil ckit n dia terus diam...cepat aku suruh husband pegi kejut mak n ayah mertua aku...belum sempat husband aku balik ke bilik semula, aku tengok mulut afiq dah kecut n pucat tak de darah, mata hitam dia pulak dah menghala ke atas, dia dalam keadaan tak sedarkan diri waktu tu tapi matanya celik...aku dpt rasa jantung dia berdegup kencang...aku rasa takut sgt waktu tu n terus nangis...terus aku jerit panggil husband balik ke bilik...husband ku cepat2 lari ke bilik..dia pun terkejut n sebak tgk afiq dlm keadaan mcm tu...terus dia ambil afiq n peluk afiq...sekejap lepas tu baru la afiq mcm sedar semula n baru la dengar dia bersuara semula...afiq hampir kena sawan demam...tapi dia masih dlm keadaan menggigil waktu tu...dlm masa yg singkat je semua tu terjadi...aku tak dapat bayangkan kalau sesuatu terjadi pada afiq waktu tu...Allah jer tau perasaan ku masa tu...pagi hari kejadian (rabu 6 jan) husband tak pegi keje emergency leave...siangnya kitaorang bawa afiq pegi klinik yang lain plak...doktor bgtau afiq demam campak...doktor pesan bila badan dia panas sangat, buka kipas, ambil air n lapkan badan dia dari kepala ke bawah, tapi jgn lap pada bahagian yg terasa sejuk...bila dah mlm, aku mcm tak nak tido sebab aku takut panas badan afiq naik lagi n jadi mcm awal pagi tu...aku gilir2 dengan husband jaga afiq...tapi sebenarnya aku tak leh tido sgt pun sebab risaukan afiq...afiq pun mcm tak nak berenggang/berjauhan langsung dari aku...

Pagi hari khamis ( 7 jan) husband aku cuti lagi sebab badan afiq still rasa panas lagi...petang tu ayah mertua aku panggil bomoh kampung yang pandai mengubat demam campak...bila dah malam, badan afiq dah kurang panas...lega ckit rasa hati ni bila badan dia dah kurang panas...kesian afiq dia gatal2 kat bahagian yg keluar biji campak tu...hari jumaat ( 8 jan) badan dia dah tak panas...tapi dia still tak larat...main pun tak nak...merengek2 je manja minta orang dokong dia...kesian anak ibu, sayang anak ibu ni...jgn buat ibu dan ayah susah hati lagi yer...

Sunday, January 3, 2010

SELAMAT TAHUN BARU!

Rasanya belum terlambat untuk ku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua yang mengenali diri ku ini...dan juga kepada yang sudi melawat blog yang tak seberapa ni...semoga dengan kehadiran tahun baru ini akan menjadi tahun yang lebih bermakna buat kita semua...semoga Allah merahmati kita dan mencurahkan rezeki yang berlipat ganda kepada hambaNya yang selalu taat kepada perintahNya...Amin.