CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 28, 2010

AL - FATIHAH.

Al-Fatihah buat arwah atok ku...27/06/2010 jam 10pm wan (atok) pergi meninggalkan kami buat selamanya...bermakna sekarang aku dah tak ada wan (atok) dan tok (nenek) kedua2 belah mak dan ayah aku...sekarang ni aku cuma ada 2 orang tok (nenek) sebelah suami aku je...sorang sebelah mak mertua dan sorang lagi sebelah bapa mertua....

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah wan dan tempatkan arwah dikalangan orang2 yang soleh...amin...

Thursday, June 24, 2010

DURIAN OH DURIAN.


DURIAN...erm apa yang best pasal durian ni ye...bagi aku, aku tak makan buah durian...sebabnya baunya masyaAllah...aku tak tahan bau durian...sakit kepala aku dibuatnya...kadang2 kalau baunya terlalu kuat, rasa macam nak termuntah pun ada...

Baru2 ni, mak mertua aku bawa balik buah durian dari perak...suami aku cuba suap sedikit buah durian kat afiq...yang bestnya belum sempat buah tu masuk ke mulut, dia dah palingkan muka dia dan dia buat gaya muka bau busuk...hahahah memang sah afiq dah ikut aku yang memang tak makan buah durian...agaknya mungkin sebab masa mengandung dulu aku tak penah makan buah durian, jadi afiq pun terikut dengan aku, tak suka makan durian juga...kesian anak ibu...tapi nak buat macam mana kan, dah ibu tak makan buah durian sayang....ayah sorang je lah yang makan durian...

Wednesday, June 23, 2010

MEROYAN

Tengok tajuk ni macam suspen je kan...bukan aku yang meroyan...heheh...cuma nak kongsi serba sedikit tentang tajuk perbincangan yang aku tonton dalam rancangan WANITA HARI INI tengahari tadi...ahli panel yang dijemput adalah ustazah asni mansor, didie alias n pn. noriah (seorang bidan tradisional)...

Rupa2 nya wanita yang lepas bersalin dan dalam tempoh berpantang memang perlu dijaga betul2...tak boleh dibiarkan sendirian...suami dan keluarga perlu beri sokongan dan semangat yang cukup sebab wanita dalam pantang ni emosinya mudah terganggu...

Penyebab berlakunya meroyan bermula masa seseorang wanita tu mula mengandung...kalau waktu mengandung, wanita selalu tertekan perasaan dan terganggu emosinya, maka mudah la dia terkena penyakit meroyan tu...

Semasa dalam berpantang pula oleh kerana wanita tak boleh solat dan baca Al-Quran, digalakkan ibu2 berzikir banyak2 untuk mengelakkan emosinya daripada terganggu kerana selepas bersalin hormon2 wanita masih tidak stabil dan menyebabkan emosi mudah terganggu...so, para suami terutamanya harus memainkan peranan yang penting...beri lah kasih sayang n perhatian pada isteri yang bersusah payah mengandung selama 9 bulan, bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat...

Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu...sayangi dan hargai lah ibu anda.

Monday, June 21, 2010

SAMBIL MENYELAM, MINUM AIR.






Entah apa2 la tajuk yang aku letak ni...heheh...dah lama tak update blog...ni baru gatal tangan nak tulis serba sikit cerita yang berlaku dlm beberapa hari lepas...macam serius jer bunyinyer...

Sebenarnya minggu lepas aku pegi penang...ikut suami...dia ada kursus kat sana, so aku dengan afiq pun apa lagi ambil kesempatan la untuk ikut sama...empat hari suami ada kursus kat sana...dari 15hb - 18hb june (selasa-jumaat)...

Petang isnin (14/6/10), kitaorang bertolak ke penang...selama suami ku kursus, kami stay kat rumah bapa sedara aku jer...save budget heheh...lagipun tempat kursus tu dekat je dengan rumah bapa sedara ku...

Sepanjang hari suami ku kursus, sempat la jalan2 sekejap kat area queens bay n lepak2 kat tepi pantai seagate...sebenarnya x best pun lepak tepi pantai seagate tu...sebabnya x cantik pun pantai tu...tapi nak buat macam mana masa terhad dengan cuaca yang tak menentu...

Hari rabu plak aku mula rasa macam nak demam...sebenarnya petang isnin tu aku dah rasa macam nak demam tapi lepas makan ubat, hilang rasa demam tu...pagi esoknya rasa plak nak demam & bila makan ubat terus ok...hari rabu aku terpaksa pegi klinik ambil ubat sebab rasa demam melarat + sakit tekak...risau juga...kalau demam tak sembuh sampai hari jumaat, terpaksa cancel lah planning aku nak pegi batu ferringhi lepas kursus suami tamat...

Alhamdulillah, hari jumaat aku dah sembuh...hehehe menjadi juga planning aku...petang jumaat lepas selesai kursus suami ku, kitaorang terus bertolak ke batu ferringhi...mula2 sampai cari hotel dulu...dah selesai check in hotel, terus masuk bilik n solat maghrib, mandi n bersiap nak pegi makan...makan malam cuma kfc je...selesai makan, kami bertiga berjalan2 pula kat pasar malam kat batu ferringhi tu...punya la panjang pasar malam kat situ...tepi jalan raya yang sesak dengan kenderaan...risau juga dengan kenderaan yang lalu lalang kat situ...jauh juga kami bertiga berjalan kat pasar malam tu...sedang syok2 menjamu mata, suami ku plak sakit perut memulas2...terus dia ajak balik hotel sebab situ tak ada toilet awam...sambil kelam kabut berkejar2 nak balik hotel, aku cuma sempat beli frideg magnet je...tu pun muka suami aku dah berkerut2 menahan sakit perut (hahaha kelakar je muka abang masa tu)...

Pagi esoknya, bangun pagi solat subuh n lepak kat balkoni bilik hotel sambil tunggu matahari terbit...bestnyer rasa dapat menghadap pantai sambil mendengar lagu ombak, sambil minum teh...lepas makan, kami bertiga turun ke pantai...bawa afiq jalan tepi pantai tapi dia takut bila tengok air ombak kecil yang datang menghempas ke kaki (berbunga betul bahasa...hahaha)...

Tengahari, kitaorang check out dari hotel n bertolak balik...sebelum naik feri untuk balik, sempat la singgah sekejap untuk beli jeruk buah...bukan main seronok afiq masa dalam feri, sebab dapat tengok bot2 n kapal yang ada di tengah laut tu...walaupun sekejap jer berada di batu ferringhi, aku berterima kasih sangat2 kat suami sebab sudi bawa aku n afiq bercuti...aku memahami dia tak dapat bawa aku bercuti lama2 kat situ sebab esoknya dia keje...("lain kali kita pegi lagi ye sayang" : ayat abang kepada aku...heheheh)...