CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 6, 2009

LELAKI & WARNA

Kenalilah warna-warna kegemaran lelaki anda. Dengan mengenali warna kegemaran mereka, anda akan lebih memahami mereka. Anda akan lebih disayangi lantaran anda mengetahui sikap-sikap mereka yang tersembunyi.

Warna ungu
Ketahuilah bahawa dia seorang yang suka memburu kejayaan dan amat positif dalam pemikiran. Usah berkecil hati sangat dengan sikapnya yang kadang-kadang seperti mementingkan diri sendiri. Sebenarnya dia serabut untuk membina langkah-langkah kejayaan. Fahami dia.

Warna biru tua
Dia seorang yang rajin dan amat berdedikasi. Mungkin anda akan rasa terabai tapi di situlah letaknya titik kejayaannya.

Warna merah
Dia seorang yang yang berani, bersemangat dan tiada istilah gagal di hatinya.

Warna Hijau
Bermakna dia seorang yang tenang, tak banyak karenah tapi cemburu, romantik dan baik hati orangnya.

Warna Oren
Pula bermakna dia seorang yang komited dengan usaha yang dipertanggungjawabkan .

Warna Kuning
Ceria, baik sangka dan tak suka gaduh.

Warna hitam
Dia seorang yang protokol tapi emosional serta mudah berasa hiba.

Warna putih
Dia seorang yang amanah.

Warna coklat
Dia seorang yang matang dan bertanggungjawab

Tapi awas jika dia menggemari warna pink, dia mungkin seorang yang bershahwat tinggi.

(Majalah Mingguan Wanita, 6 – 12 Ogos 2004, Ruangan Motivasi oleh
DR. HM Tuah Iskandar Al-Haj

3 comments:

Ummi HusnaDaniaAmani said...

warna hijau...karektor tu ada pada diri ku..hihihihi

nor ismawati ismail said...

warna hijau cantik..warna yg tenang sejuk bila dipandang sesuai dgn karektornye..hehe..

Izhar Syakimi said...

Adik kaler pink kot..hahah

bahaya2..