CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 3, 2009

RESIPI2 YANG SEDAP BELAKA

KEPAK AYAM BEREMPAH



Bahan-bahan ( 4 orang makan ):


* 1 kilo kepak ayam

*1 labu bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 1 sudu makan serbuk jintan kasar
* 1 sudu makan serbuk jintan halus
* 1 sudu makan serbuk ketumbar
* 1 sudu makan serbuk kunyit
* 2 sudu makan gula
* 1 sudu makan kicap pekat
* garam secukup rasa

Cara-cara :

1. Bersihkan kepak ayam dan toskan
2. Bawang besar+bawang putih+halia diblend/tumbuk. Campurkan kesemua bahan yang lain bersama bahan yang telah diblend ke dalam mangkok besar (yg boleh muatkan kesemua kepak ayam)
3. Gaulkan kepak ayam ke dalam bancuhan bahan tadi
4. Perap ayam seketika atau ikut lama yang disukai (makin lama makin sedap)
5. Bakar kepak ayam dalam oven selama lebih kurang 45mins atau hingga masak

KEPAK AYAM ISTIMEWA


Bahan-bahan ( 50 kepak )

BAHAN PERAP :
* 10 sudu besar kunyit
* 10 sudu besar garam
* 10 ketul kiub ayam maggi (hancurkan)
* 10 sudu besar jintan manis
* 1 botol sos cili thai
* 1 cawan gula pasir
* 1 cawan gula merah
* 1 botol sos tiram
* 1 botol kecil kicap manis
* 1 sudu besar MSG
* 1 cawan canola oil
*


BAHAN PENCICAH :
* 1 botol sos cili thai
* 5 sudu besar gula pasir
* 5 sudu besar gula merah
* 1 inci halia
* 4 ulas bawang putih
* 5 sudu besar cuka
* 1 cawan air
* 1 sudu teh garam
*

* 50 kepak ayam

Cara-cara :

1. Kisarkan kesemua bahan perap hingga lumat.Gaulkan bersama kepak ayam yang telah dibersihkan.Perap sekurang-kurangnya 2 jam.Semasa memerap hendaklah sentiasa menbalik-balikkan kepak tersebut.
2. Sediakan tempat memanggang.Panggang kepak ini hingga masak.
3. Kisarkan kesemua bahan pencicah hingga lumat.Masak di atas api kecil hingga pekat.Angkat dan hidangkan bersama kepak ayam yang telah siap dipanggang.

SATAY AYAM

Bahan-bahan :

* 1 ekor ayam 2kg (dipotong 12 ketul)
* 5 Batang serai (diblendkan hingga halus)
* ½ kilo bawang merah (diblendkan hingga halus)
* 200 gram halia (diblendkan hingga halus)
* 300 gram lengkuas (diblendkan hingga halus)
* 50 gram jintan manis (diblendkan hingga halus)
* 30 gram jintan putih (diblendkan hingga halus)
* 50 gram kunyit (diblendkan hingga halus)
* 1 cawan gula pasir
* 5 camca teh garam

KUAH SATAY AYAM

Bahan-bahan :

* ½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)

* 7 ulas bawang merah

* 4 ulas bawang putih

* 2 batang serai

* 1 stgh inci halia

* 5 tangkai cili kering

* 2 papan gula melaka

* 2 sudu asam jawa, diambil airnya.

* Gula dan garam secukup rasa


Cara-cara membuat satay ayam :

1. Ayam diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang telah dinyatakan untuk Satay ayam.
2. Bakar arang hingga tiada kelihatan api yang marak
3. Bakarkan Satay ayam hingga masak
4. Kipas diguna untuk kontrolkan haba
5. Kilatkan ayam dengan air perapan dan minyak dengan brush serai bila perlu
6. Satay ayam akan masak bila luarannya mula kelihatan golden brown dan garing !!!
7. Hidangkan untuk makan begitu sahaja ataupun dengan nasi

Cara-cara membuat kuah satay ayam :

1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorengkan semuanya dengan minyak.

2. Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. (tambah sikit air semasa mengisar)

3. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yg telah digoreng dan ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.

4. Didihkan campuran tadi.

5. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.

6. Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.

7. Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan satay ayam.

8. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala.

0 comments: