CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 23, 2010

MEROYAN

Tengok tajuk ni macam suspen je kan...bukan aku yang meroyan...heheh...cuma nak kongsi serba sedikit tentang tajuk perbincangan yang aku tonton dalam rancangan WANITA HARI INI tengahari tadi...ahli panel yang dijemput adalah ustazah asni mansor, didie alias n pn. noriah (seorang bidan tradisional)...

Rupa2 nya wanita yang lepas bersalin dan dalam tempoh berpantang memang perlu dijaga betul2...tak boleh dibiarkan sendirian...suami dan keluarga perlu beri sokongan dan semangat yang cukup sebab wanita dalam pantang ni emosinya mudah terganggu...

Penyebab berlakunya meroyan bermula masa seseorang wanita tu mula mengandung...kalau waktu mengandung, wanita selalu tertekan perasaan dan terganggu emosinya, maka mudah la dia terkena penyakit meroyan tu...

Semasa dalam berpantang pula oleh kerana wanita tak boleh solat dan baca Al-Quran, digalakkan ibu2 berzikir banyak2 untuk mengelakkan emosinya daripada terganggu kerana selepas bersalin hormon2 wanita masih tidak stabil dan menyebabkan emosi mudah terganggu...so, para suami terutamanya harus memainkan peranan yang penting...beri lah kasih sayang n perhatian pada isteri yang bersusah payah mengandung selama 9 bulan, bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat...

Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu...sayangi dan hargai lah ibu anda.

0 comments: