CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 28, 2009

SUNGGUH MENARIK !
























































Sunday, September 27, 2009

B747 ACCIDENT IN KLIA !


Wednesday, September 16, 2009

10 Craziest Hotels in the World














































Monday, September 14, 2009

KASIHMU AMANAHKU

Kasihmu Amanahku


Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami Isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan menginsafkan kita
Perlunya iman dan taqwa meniti sabar dan redha
Bila susah senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dgn tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijabkabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya
Yang terindah dilubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggujawab
Bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya,

p/s : Keindahan di alam perkahwinan akan dirasai jika hidup dlm rahmat ALLAH..

Wednesday, September 9, 2009

Liow: Kes H1N1 makin berkurangan

Jumlah kes influenza A (H1N1) di negara ini semakin berkurangan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan hari ini.

Namun begitu, kerajaan akan terus berwaspada dan orang ramai juga harus berhati-hati, katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

"Saya laporkan kepada jemaah menteri bahawa bilangan jangkitan H1N1 adalah menurun, kes-kes ILI (penyakit serupa influenza) yang terdapat di hospital juga tunjukkan penurunan, contohnya di Kuantan, kalau biasanya, dalam 700 hingga 800 kes dilaporkan sehari, sekarang turun ke 240 hingga 250.

"Bilangan di semua hospital juga sama, menurun. Tetapi ini tidak menggambarkan bahawa kita boleh ambil ringan dengan masalah sekarang, kena terus ambil langkah jaga-jaga.

"Kita kena teruskan kempen kesedaran kita. Terutama sekali, Hari Raya nak sampai, kita semua balik kampung. Ambil langkah jaga-jaga, kebersihan rumah dan kebersihan diri," katanya.

Liow berkata bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpuas hati dengan sistem pemantauan penyakit itu di Malaysia.

"Laporan (WHO) menyatakan bahawa kadar kematian kita adalah biasa, bersamaan juga dengan negara-negara lain berhubung dengan H1N1, dan mereka telahpun menyatakan bahawa sistem pemantauan Kementerian Kesihatan adalah sensitif, peka dan mampu mencari dan mendapat pesakit-pesakit H1N1 dengan cepat," katanya.

Liow juga melahirkan rasa puas hati dengan kerjasama hospital swasta dalam membendung penyakit itu.

"Pada masa ini, tidak ada masalah ubat antivirus, semua klinik boleh dapat ubat antivirus, semua ada.

"Kami juga berusaha memastikan bahawa klinik dan hospital swasta sentiasa mendapat maklumat terkini dan bantu kerajaan bendung H1N1," katanya. BERNAMA

Yo-yo baik untuk otak, tingkat akademik

Anda boleh hayunkan ia ke bawah, ke tepi dan malahan ke atas - dengan begitu banyak teknik menghayun dan menggerakkannya yang dapat menonjolkan kemahiran seseorang.

Itulah yo-yo, satu permainan yang dipopularkan sekitar 1920-an, tidak lagi dilihat sebagai satu permainan kanak-kanak yang mudah tetapi mendapat perhatian jari-jemari kanak-kanak dan dewasa di Malaysia sejak beberapa tahun lepas.

Sama ada ia diperbuat daripada plastik, kayu atau logam, yo-yo kini meninggalkan era nostalgia apabila dianggap sebagai satu permainan sahaja kepada pengiktirafan seluruh dunia sebagai satu bentuk sukan yang sebenar.

Mungkin ada di antara kita masih mengingati permainan yo-yo sewaktu kecil dahulu tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa yo-yo bukan sekadar menghayunkannya ke hujung tali gandar roda dan kembali semula ke telapak tangan, tetapi pergerakan yo-yo sebenarnya baik untuk otak.

Bagaimana ini berlaku?

Ahli psikologi klinikal Datuk Dr Mat Saat Baki menjelaskan bahawa permainan yo-yo bukan sekadar menghayun dan menangkap semula gandar roda yang disambung dengan tali.

"Bermain yo-yo akan menggunakan fungsi kiri dan kanan otak", katanya.

Pada umumnya, maklumat diproses dalam pelbagai cara oleh kiri dan kanan hemisfera otak, yang mana seseorang cenderung untuk memproses maklumat menggunakan bahagian dominan.

"Terdapat empat proses utama otak semasa bermain yo-yo iaitu tumpuan, koordinasi mata-tangan, kreativiti dan ketangkasan manual," katanya.

Sama seperti permainan catur, tumpuan adalah satu proses yang banyak digunakan ketika bermain yo-yo. Apabila seseorang memberi tumpuan kepada yo-yo, bahagian kiri otak yang juga dikaitkan dengan pemikiran rasional menjadi dominan.

Ketika tumpuan diberikan ke atas yo-yo, seseorang pemain boleh bertindak mengikut teknik dengan jayanya hasil daripada tindakan otak di sebelah kiri yang juga memproses mengikut lelurus, urutan dan secara logik.

Pada masa yang sama, bahagian kanan otak yang lebih dikaitkan dengan keterbukaan kepada pengalaman dan gerak hati dalam melakukan sesuatu adalah bertanggungjawab kepada kreativiti.

Dr Baki menyatakan, "bermain yo-yo memerlukan pemain mempelajari kemahiran dan teknik yang baru. Pemain yo-yo diketahui kerap mengubah kepada teknik yang baru. Ini mencerminkan bagaimana otak di bahagian kanan digunakan".

Lagipun, apabila ia dilakukan secara mahir dan terlatih, permainan yo-yo menjadi satu lagi bentuk aktiviti ketangkasan manual atau jasmani, yang termasuk permainan lain seperti 'frisbees' dan 'cup stacking'.

"Kenyataan bahawa permainan yo-yo adalah sejenis sukan perlawanan juga menanam kesedaran kesukanan dan konsisten di kalangan pemain. Permainan yo-yo adalah cara terbaik untuk berseronok terutama kanak-kanak dan pelaburannya pun sedikit.

"Tetapi adalah penting untuk dinyatakan bahawa perlunya ada kawasan yang diperuntukkan di samping langkah keselamatan apabila bermain".

Beliau berkata bermain yo-yo juga boleh memperbaiki prestasi akademi seseorang, apabila proses belajar dan berfikir itu dipertingkatkan semasa kedua-dua bahagian otak digunakan secara seimbang. BERNAMA

Tuesday, September 8, 2009

HIKMAH DIAM

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Madah Dari Berdiam:

* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM
LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

* MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH
MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.

* KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA
ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam.
Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah
perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan
bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Friday, September 4, 2009

TAZKIRAH

FADZILAT SURAH AL-IKHLAS


"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ...Bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy diatas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikatyang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul HuwallahuAhadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada, sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Thursday, September 3, 2009

MATAHARI


Matahari dari dekat (5,000 KM)
Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope








Sebagai Renungan:
Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu?

Jibril : sebesar kurma...

Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh
lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya
tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk
berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa
disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja
itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam"
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith)

RESIPI2 YANG SEDAP BELAKA

KEPAK AYAM BEREMPAH



Bahan-bahan ( 4 orang makan ):


* 1 kilo kepak ayam

*1 labu bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 1 sudu makan serbuk jintan kasar
* 1 sudu makan serbuk jintan halus
* 1 sudu makan serbuk ketumbar
* 1 sudu makan serbuk kunyit
* 2 sudu makan gula
* 1 sudu makan kicap pekat
* garam secukup rasa

Cara-cara :

1. Bersihkan kepak ayam dan toskan
2. Bawang besar+bawang putih+halia diblend/tumbuk. Campurkan kesemua bahan yang lain bersama bahan yang telah diblend ke dalam mangkok besar (yg boleh muatkan kesemua kepak ayam)
3. Gaulkan kepak ayam ke dalam bancuhan bahan tadi
4. Perap ayam seketika atau ikut lama yang disukai (makin lama makin sedap)
5. Bakar kepak ayam dalam oven selama lebih kurang 45mins atau hingga masak

KEPAK AYAM ISTIMEWA


Bahan-bahan ( 50 kepak )

BAHAN PERAP :
* 10 sudu besar kunyit
* 10 sudu besar garam
* 10 ketul kiub ayam maggi (hancurkan)
* 10 sudu besar jintan manis
* 1 botol sos cili thai
* 1 cawan gula pasir
* 1 cawan gula merah
* 1 botol sos tiram
* 1 botol kecil kicap manis
* 1 sudu besar MSG
* 1 cawan canola oil
*


BAHAN PENCICAH :
* 1 botol sos cili thai
* 5 sudu besar gula pasir
* 5 sudu besar gula merah
* 1 inci halia
* 4 ulas bawang putih
* 5 sudu besar cuka
* 1 cawan air
* 1 sudu teh garam
*

* 50 kepak ayam

Cara-cara :

1. Kisarkan kesemua bahan perap hingga lumat.Gaulkan bersama kepak ayam yang telah dibersihkan.Perap sekurang-kurangnya 2 jam.Semasa memerap hendaklah sentiasa menbalik-balikkan kepak tersebut.
2. Sediakan tempat memanggang.Panggang kepak ini hingga masak.
3. Kisarkan kesemua bahan pencicah hingga lumat.Masak di atas api kecil hingga pekat.Angkat dan hidangkan bersama kepak ayam yang telah siap dipanggang.

SATAY AYAM

Bahan-bahan :

* 1 ekor ayam 2kg (dipotong 12 ketul)
* 5 Batang serai (diblendkan hingga halus)
* ½ kilo bawang merah (diblendkan hingga halus)
* 200 gram halia (diblendkan hingga halus)
* 300 gram lengkuas (diblendkan hingga halus)
* 50 gram jintan manis (diblendkan hingga halus)
* 30 gram jintan putih (diblendkan hingga halus)
* 50 gram kunyit (diblendkan hingga halus)
* 1 cawan gula pasir
* 5 camca teh garam

KUAH SATAY AYAM

Bahan-bahan :

* ½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)

* 7 ulas bawang merah

* 4 ulas bawang putih

* 2 batang serai

* 1 stgh inci halia

* 5 tangkai cili kering

* 2 papan gula melaka

* 2 sudu asam jawa, diambil airnya.

* Gula dan garam secukup rasa


Cara-cara membuat satay ayam :

1. Ayam diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang telah dinyatakan untuk Satay ayam.
2. Bakar arang hingga tiada kelihatan api yang marak
3. Bakarkan Satay ayam hingga masak
4. Kipas diguna untuk kontrolkan haba
5. Kilatkan ayam dengan air perapan dan minyak dengan brush serai bila perlu
6. Satay ayam akan masak bila luarannya mula kelihatan golden brown dan garing !!!
7. Hidangkan untuk makan begitu sahaja ataupun dengan nasi

Cara-cara membuat kuah satay ayam :

1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorengkan semuanya dengan minyak.

2. Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. (tambah sikit air semasa mengisar)

3. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yg telah digoreng dan ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.

4. Didihkan campuran tadi.

5. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.

6. Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.

7. Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan satay ayam.

8. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala.

Wednesday, September 2, 2009

CUBA TEKA APA BENDA NIE...




Inilah dia piring-piring astro...banyak gilerrr...

TATACARA BAIK YANG BOLEH DIAMALKAN

Tatacara makan & minum :

  1. Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ Insya Allah, Allah lipat gandakan rezeki.
  2. Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur, otak akan generate kan all of our wish & InsyaAllah, kita akan ada semangat di keesokan harinya.
  3. Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & juga boleh rujuk kepada pakar pemakanan, vit C dari buah-buahan yang dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.
  4. Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch &dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yang pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.
  5. Seelok2nya makan malam sebelum maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sebab,bagi yg tengah study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga,kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam).

Tatacara di bilik air :

  1. Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak daripada dapat batu karang.
  2. Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar.

Tatacara didik anak :

  1. Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yg terletak sebelah kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) dan otak anak akan develop excellently.
  2. Bagi anak-anak yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jangan) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

Tatacara didik diri sendiri :

  1. Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, setiap amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.
  2. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve ~ emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yang mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & lain-lain.